Friday, April 10, 2009

Makluman Khas ke Seluruh Sungai Buaya

Kepada Warga Sungai Buaya Sekalian

Tuan – tuan dan Puan - puan yang dihormati,

JENAYAH PECAH RUMAH, ROMPAK DAN SAMUN SEDANG BERLELUASA SEMULA

JENAYAH PECAH RUMAH, ROMPAK DAN SAMUN SEDANG BERLELUASA SEMULA di kawasan Bandar Sungai Buaya. Kejadian yang baru – baru ini berlaku ialah perlakuan menyamun dan menetak mangsa di kawasan Kiambangsari 8.

Sokongan jitu semua pihak diperlukan. KITA YANG PERLU MENGAWASI SEKELILING KITA DAN BUKANNYA BERHARAP KEPADA ORANG LAIN SEMATA – MATA! KERJASAMA YANG AKAN KITA LAKSANAKAN BERSAMA INI AKAN MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT! KITALAH YANG AKAN MENGGERAKKANYA DAN JANGAN TUNGGU ORANG LAIN! KEPUTUSAN KITA HARI INI AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN KITA SEMUA!

BERDASARKAN KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU, PENYAMUN – PENYAMUN DENGAN NEKAD AKAN MEREMPUH PINTU RUMAH BAGI MENYAMUN HARTA – BENDA!

Pada masa ini dalam tempoh 7 hari, pasukan RELA Sungai Buaya telah dengan sukarela mengadakan kawalan komuniti mulai jam 12:00 tengah malam sehingga pukul 5:30 pagi.

Selepas dari tempoh itu, Biro Keselamatan, Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya, sedang dan akan mengambil inisiatif berikut:

1. Mendirikan Pondok Kawalan Utama

Lokasi Pondok ini akan terletak di laluan masuk utama ke kawasan kita. Ini bermakna setiap pergerakkan kenderaan yang keluar masuk akan dipantau di Pondok ini. Kita memerlukan tenaga tuan – tuan dan puan – puan kelak bagi menjaganya melalui penubuhan Pasukan Kawalan Komuniti.

2. Pasukan Kawalan Komuniti

Dengan adanya Pondok di atas kelak, kita akan menggerakkan Pasukan Kawalan Komuniti di semua Precint dengan dibantu oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia & RELA Sungai Buaya. Tenaga tuan – tuan dan puan – puan diperlukan untuk sama – sama menggerakkanya kelak.

Sila isikan borang jawapan bagi pengesahan penglibatan. Jadual tugas akan dimaklumkan kelak.

3. Cadangan Kutipan RM5 bagi Sebuah Rumah Setiap Bulan

Bagi membiayai kos – kos berkaitan di atas, maka dicadangkan kutipan RM5 bagi sebuah Rumah Setiap Bulan dicadangkan. Kami akan meneliti kaedah pengutipannya kelak melalui Ketua – ketua Precint.

4. Tindakan Keselamatan yang perlu diambil

a. Jika terlihat sesuatu yang mencurigakan dalam apajua keadaan sekalipun, sila berhubung dengan Ketua Precint masing – masing, atau

Balai Polis Bukit Sentosa - 03 – 6028 2222
Pondok Polis Sungai Buaya - 03 – 6028 1222 @ L/KPL Azuar 013 - 645 1678

Sarjan Rosli Ahmad - 012 – 395 7416
Sarjan Osman Mydin - 012 – 544 9711
Sarjan Hamzah - 019 – 378 5137

Sokongan dan bantuan tuan – tuan dan puan – puan sekalian amat diperlukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

“KEPENTINGAN BERSAMA”

Yang benar


AZRI (013 – 2554476)
Biro Keselamatan dan Pembangunan