Sunday, June 19, 2011

Risalah berkenaan I/C yang disebarkan pd 19 Jun 2011







Berita dari MSTAR, 19 Jun 2011






mStar Online > BERITA Sunday June 19, 2011


Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah Klang

RAWANG: Lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang akan dapat menjimatkan masa antara 40 minit hingga satu jam untuk ke Lembah Klang apabila Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya dekat sini siap pada Jun 2013.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, apabila persimpangan sepanjang 1.5 kilometer dengan kos RM87 juta itu siap, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menyelia kutipan tol di persimpangan berkenaan.



"Kalau diikutkan harga sebenar pembinaan persimpangan tersebut ialah lebih dari RM100 juta tetapi kerajaan pusat prihatin dengan membayar tambahan sebanyak RM20 juta untuk pengambilihan tanah ini manakala kos pembinaan(persimpangan) ditanggung oleh pihak Plus," katanya pada majlis pecah tanah persimpangan berkenaan di Bandar Baru Sungai Buaya, di sini, Ahad.



Sebelum ini, penduduk di sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh terpaksa menggunakan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung atau Persimpangan Bertingkat Rawang untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan.



Projek persimpangan berkenaan yang mula dibina pada 14 Jun tahun lepas terletak di KM434.7 di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Rawang di KM444 dan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung di KM428.



Shaziman berkata kos sebanyak RM87 juta itu bukan sahaja melibatkan pembinaan persimpangan berkenaan malahan turut meliputi pembinaan lorong tol, bangunan pusat khidmat pelanggan, surau, tandas awam serta tempat meletak kenderaan.



Shaziman berkata persimpangan berkenan turut memberi kemudahan akses bagi dua aktiviti industri utama iaitu kilang Perodua dan Tan Chong Motor serta kira-kira 100 industri kecil dan sederhana yang sedia ada berhampiran kawasan Sungai Buaya dan kawasan persekitaran.



Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Shaziman berkata kerajaan masih memikirkan kadar tol yang terbaik bagi persimpangan itu berdasarkan kadar tol semasa di beberapa plaza tol di negara ini bagi memastikan pengguna yang melalui persimpangan berkenaan akan dikenakan caj pada kadar yang berpatutan.



Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Sungai Buaya Datuk Rosli Hashim berharap persimpangan bertingkat itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dengan kemasukan pelabur di kawasan berkenaan dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.- BERNAMA



© 1995-2011 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)




























Tuesday, June 7, 2011

Majlis Pecah Tanah Projek Persimpangan Bertingkat dan Plaza Tol Sungai Buaya

Majlis Pecah Tanah Projek Persimpangan Bertingkat & Plaza Tol Sungai Buaya

akan diadakan pada butiran berikut:


Tarikh :

19 Jun 2011 (Ahad)


Masa :

11:00 pagi


Tempat :

Berdekatan Papan Tanda Projek


Nota :

Shuttle Bus disediakan di Tapak Pasar Malam ke Tapak Pecah Tanah.



Semua Warga Sungai Buaya dipersilakan hadir.



Interchange Sg Buaya - Papan Tanda Telah pun naik








Sunday, June 5, 2011

I/Change Sungai Buaya hampir dimulakan pembinaannya

Dengarnya pecah tanah Interchange Sungai Buaya akan diadakan pada 19 June 2011 menurut YBhg Dato' Ruslee.

Mari kita jayakannya!